
Streamyx Blockbuster Deal atau BB Deal adalah pakej jalur lebar dari TM yang diwujudkan untuk menggantikan pakej Streamyx Combo pada awal tahun 2010. Pakej ini ditawarkan dengan capaian kelajuan serendah 384 Kbps sehingga 4 Mbps. Pakej ini menawarkan pelbagai ciri-ciri istimewa yang hanya boleh diperolehi dengan melanggan pakej jalur lebar ini sahaja.
Selain menawarkan harga yang berpatutan dan mampu dilanggan, pelanggan yang memohon pakej jalur lebar ini boleh berjimat dengan pemberian tawaran percuma kos pemasangan (RM75) dan percuma kos pengaktifan (RM88) bagi pakej ini. Dengan melanggan pakej ini juga pelanggan sudah tidak perlu membayar sewa talian telefon bulanan (RM25). Berbaloi bukan?
Perincian pakej mengikut kelajuan dan harga adalah seperti di bawah:
1) Blockbuster Deal 384 Kbps (RM60/bulan)
- PERCUMA modem WiFi
- PERCUMA id TM Wifi
- KADAR RATA 25sen/minit ke telefon bimbit dan talian tetap lain
2) Blockbuster Deal 512 Kbps (RM90/bulan)
- PERCUMA modem WiFi
- PERCUMA id TM Wifi
- KADAR RATA 25sen/minit ke telefon bimbit dan talian tetap lain
3) Blockbuster Deal 1 Mbps (RM110/bulan)
- PERCUMA modem WiFi
- PERCUMA id TM Wifi
- PERCUMA cordless phone
- PERCUMA telefon ke talian tetap TM seluruh negara
- KADAR RATA 10sen/minit ke telefon bimbit dan talian tetap lain
4) Blockbuster Deal 2 Mbps (RM130/bulan)
- PERCUMA modem WiFi
- PERCUMA id TM Wifi
- PERCUMA cordless phone
- PERCUMA telefon ke talian tetap TM seluruh negara
- KADAR RATA 10sen/minit ke telefon bimbit dan talian tetap lain
5) Blockbuster Deal 4 Mbps (RM140/bulan)
- PERCUMA modem WiFi
- PERCUMA id TM Wifi
- PERCUMA cordless phone
- PERCUMA telefon ke talian tetap TM seluruh negara
- KADAR RATA 10sen/minit ke telefon bimbit dan talian tetap lain

Cordless Phone ini akan diberi secara percuma kepada pelanggan yang memohon pakej Blockbuster Deal 1Mb dan ke atas.
Untuk mengetahui kos permulaan untuk memohon pakej ini boleh rujuk artikel berikut:
Pengiraan bil Streamyx
Seterusnya anda boleh melanggan pakej ini dengan mengisi borang berikut:
Borang Permohonan Streamyx Blockbuster Deal
Sebarang kemusykilan tentang pakej ini boleh diajukan dengan memberikan komen di ruangan komen di bawah












saya nak tanya..klau saya xda talian tetap lagi mcm mana?
mcm mana dgn cas yg dikenakan?
thanks
Pihak kami akan mohonkan bersama talian tetap bersama dengan pakej streamyx jika anda masih belum ada talian tetap. Anda boleh rujuk artikel ini untuk mengetahui cas permulaan bagi memohon pakej ini http://anjungstreamyx.com/pengiraan-bil-talian-tetap-tm-kediaman
salam… nk tanya.. promosi ni sehingga bila ya?
Wassalam. Promosi tiada tarikh tetap tamatnya. Promosi ini mungkin akan berakhir bila-bila masa sahaja.
salam apa maksud PERCUMA id Wifi …bagaimana mengunakannya dan kawasan mana..maaf kurang arif
Id tm wifi percuma diberikan jika pelanggan melanggan pakej bb deal 1 mb ke atas atau pakej unifi. id ni boleh digunakan di TM wifi zone atau daulunya dikenali sebagai streamyx zone.Tm wifi ada di kawasan seperti restoran kfc
Assalamualaikum….
emm,bnyak soalan yg ingin saya ajukan..harap admin sudi layan, sbb saya mmg brmint nk pakai streamyx ni
1- 384kbps ni…brp lptop jer leh pakai dlm satu2 masa?
2- adakah ia unlimited?
3- sy x dek talian tetap..tp insyaallah akan memohon skali ngan streamyx..tp soalan saya..boleh x klu talian tetap tu saya pohon yg preapd?
4- bil streamyx & tel skali ke?
5-andainya sy x mmbyr bil slma sbuln, adakah charge bil akan trus brjln(tunggakan) @ di sekat?
Waalaikumsalam.
1- Biasanya 384kbps ni untuk satu laptop sahaj.kalau pakai lebih memang slow sangat-sangat
2- Yer. pakej streamyx adalah unlimited
3- Untuk pakej bb deal tidak boleh mohon talian prepaid.
4- Yer. Dalam satu bil yang sama
5- Biasanya ada jumlah tertentu sebelum pihak TM telefon untuk mengarahkan pelanggan membayar bil tersebut dan biasanya apabila disekat hari-hari tanpa penggunaan tidak akan dikenakan bayaran.
Salam. admin saya nak tny berkenaan BB Deal 2Mbps. adakah penggunaan internet dia unlimited? Sekiranya unlimited, setiap bulan kita hanya perlu membayar RM140 kan? Tapi knp dalam bil saya ni di bahagian caj perkhidmatan internet > butiran caj > yuran langganan streamyx ialah RM269? (sy menggunakn pakej BB Deal 2 Mbps)
Wasalam. Penggunaan adalah unlimited. Jika anda baru melanggan sepatutnya anda diberitahu oleh pihak di mana anda daftar untuk pengiraan bil pertama selepas melanggan. Rujuk artikel ini untuk maklumat lanjut
http://anjungstreamyx.com/pengiraan-bil-streamyx
salam..saya nak tanya..berapa jumlah kos pemasangan kalau kwsn rumah saya belum ada kabel telefon?
Wassalam. Boleh rujuk artikel ini untuk pengiraan kos.
http://anjungstreamyx.com/pengiraan-bil-streamyx
Salam, saya nak upgrade streamyx bb deals dari 1mb ke 4mb jika ada coverage, kalau tak ada 2mb pun ok. dan saya nak pindah kan sekali ke alamat baru. Boleh dapatkan cara2 nak proceed?
Wassalam. Untuk pemindahan ke alamat baru perlu ke TM Point untuk isi borang pemindahan line.
salam..
saya penguna streamyx blockbuster deal 1 mbps..
masalahnya saya tak dapat pon cordless phone percuma..
mcmane sy nak dapatkan?
Wassalam. Boleh pergi ke TM point terdekat dengan membawa slip yang diberikan kontraktor pemasangan streamyx untuk menuntut cordless phone anda.