
Kata laluan atau lebih dikenali sebagai password merupakan kata kunci yang diperlukan untuk mengakses sesuatu akaun. Sudah semestinya ia adalah rahsia dan hanya diketahui oleh mereka yang tertentu sahaja. Menukar password Streamyx adalah satu keperluan bagi pengguna untuk mengelakkan akaun Streamyx mereka digunakan oleh orang lain. Password biasa yang diberikan oleh pihak TM untuk akaun baru Streamyx adalah sangat mudah diteka dan akaun anda boleh diceroboh oleh pihak tertentu untuk diguna pakai. Oleh itu keperluan untuk mengemaskini kata laluan perlu dititikberatkan. Di bawah merupakan tutorial bagaimana mengubah password akaun Streamyx anda.
Langkah-langkah untuk mengubah password Streamyx adalah seperti berikut:
1) Layari https://tmbill.tm.net.my dan anda akan lihat laman seperti dibawah:

2) Pilih kategori akaun dan masukkan ID log masuk. Kata laluan dan nombor kad pengenalan/pasport anda. Kemudian pilih Streamyx daripada menu service

3) Apabila sudah log masuk, klik pada menu Change Password di bawah Account Management

4) Untuk menukar kata laluan untuk akaun emel anda ataupun kata laluan untuk perkhidmatan yang didaftarkan, klik pada kotak Individually Change Password For Each Service dan ikut arahan seterusnya.

5) Tukar password yang ingin ditukar dan klik update.

Pengguna yang baru memohon pakej streamyx dan sudah siap dipasang di rumah perlulah menukar password anda untuk tujuan keselamatan.
Anda digalakkan menukar password anda 3 bulan sekali bagi menjaga sekuriti akaun Streamyx anda.












mcm mna nak tukar password wifi streamyx zone????
untuk penukaran password streamyx zone kena berurusan dengan khidmat pelanggan TM. tak boleh buat sendiri macam tukar password streamyx. Boleh call 100 untuk buat penukaran password streamyx zone
Untuk ID log tu, sama dgn ID dari https://mytm.tm.com.my kah?
atau ID log yg mana? sbb xboleh login pun -_-”
Id log in adalah id yangdigunakan untuk sambungan streamyx. Bukan id mytm
salam. mcm mne nk tukar password utk wifi pakej jalur lebar? adkh same step yg kt ats 2? ~ASAP~
Untuk wifi kena setting ikut configuration modem yang diberi. Password streamyx ini password untuk connect ke servis internet.
salam …..
saya nak tanya ..
bila saya nak tulis username sepatutnya ********@streamyx.com ,tapi bila saya tulis dia boleh tulis ********@streamyx.co …
cbleh nak tulis ‘m” ,so saya x bleh nak login …
macam mana nak buat ?? harap admin boleh bantu saya ..
sekian ,terima kasih ..
Kalau nak tukar password tak payah @streamyx.com
apa username dgn pasword?
msuk psword utk wifi x bleh pon
bukan password untuk wifi.password untuk connect ke streamyx.
Pas tukar password sy dapat red signal, xbleh bukak tenet.. amcm tu bro?
Call 100 minta bantuan teknikal. Mungkin bro ada silap di mana-mana.
mcmna nak tahu pasword yg tuk connect ke streamyx tu..yg abc1-9 tu pasword wifi kan..
xphm pasword yg mane satu sebenarnyer..rasenye ni je pasword yg diberi
Sepatutnya diberikan semasa installation. Jika tiada boleh call 100 untuk dapatkan.