
Merujuk kepada artikel kami mengenai UniFi Kini Di Senawang pada awal bulan ini, kini anda sudah boleh membuat permohonan UniFi untuk kediaman dan premis anda. Tidak terhad kepada kawasan Senawang, perkhidmatan UniFi ini juga berada di kawasan lain di Seremban.
Kawasan Liputan
Antara kawasan-kawasan yang telah pun mendapat liputan UniFi adalah seperti senarai di bawah:
- Taipan Senawang
- Taman Bandar Senawang
- Taman Pinggiran Golf
- Taman Paroi
- Taman Lavender Height
- Taman Seremban Jaya
- Taman Panchor jaya
- Taman Paroi Jaya
- Taman Tuanku Jaafar
- Taman Chengal Utama
Senarai yang diberikan di atas adalah senarai awal dan kawasan yang diliputi unifi akan bertambah seiring dengan masa. Anda digalakkan menyemak kawasan liputan terlebih dahulu. Sila pastikan nama jalan dan tempat adalah sama seperti alamat anda. Anda boleh berbuat demikian dengan klik pautan di bawah.
Semak Kawasan Liputan UniFi
Promosi
Jika anda merancang untuk melanggan UniFi sekarang, anda membuat pilihan yang tepat. Hal ini kerana promosi Percuma Kos Pemasangan UniFi sebanyak RM200 masih lagi berlangsung. Daftar segera sebelum promosi ini tamat. Di samping itu, UniFi BIZ juga mempunyai promosi pemasangan ekspress di mana pemasangan lebih pantas untuk pelanggan yang memohon pakej BIZ 10 dan BIZ 20.
Di bawah merupakan pautan kepada senarai pakej UniFi VIP (untuk kediaman) dan UniFi BIZ (perniagaan).
Senarai Pakej UniFi VIP
Senarai Pakej UniFi BIZ
Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh meninggalkan komen di bawah, atau ke laman hubungi kami. Kami akan merespon pertanyaan anda.












Unifi bila sampai di Taman Bidara, Seremban?
Dalam tahun hadapan
unifi bila sampai di park avenue, seremban 2 ? bagus kalau bulan ini =(
Maybe dalam tahun hadapan.
unifi bila smpai area mambau,batu 6,jalan port dickson,dkat taman kelab tuanku ?
Buat masa sekarang masih belum ada lagi unifi di taman kelab tuanku. Dalam tahun hadapan baru ada.
bila smpai kat tmn warisan puteri,sikamat…?
Tahun hadapan
bulan brape?
Itu tidak dapat dipastikan lagi. Pembangunan sedang dijalankan. InsyaAllah dalam tahun hadapan.
taman ampangan jalan cengal 23 dah ader ke? Sebab saya nampak ader khemah unifi kat sini.. Kalau dh ada saya nak daftar…
Taman ampangan sudah ada
d kawasan saya taman gadong jaya ,indah n putra bila agak nya UNIFI akan sampai?
Maybe dalam tgh tahun ni.
seremban 2 tmn arowana impian.. x sabo dah nk langgan neh
Seremban 2 setakat ni masih belum ada lagi.Mungkin dalam pertengahan tahun ni.
taman permai dah da ke ?
Belum lagi.
Saya tinggal di Persiaran Cengal 1, Taman Ampangan dan telah 2 kali mendaftar utk mendapatkan perkhidmatan UNIFI, namun sehingga kini tiada jawapan. (pertama di Karnival ICT NS 2011 dan kali kedua di Program Jalinan Mesra Rakyat 1 Malaysia, Sikamat)
Anda boleh cuba mendaftar semula dengan pihak kami. Mungkin semasa cik mendaftar masih tiada coverage unifi di kawasan cik. mengikut sistem liputan setakat ni di taman ampangan hanya jalan cengal 1 dan jalan cengal 2 diliputi servis Unifi.
kawasan kg. sekolah, ampangan berhampiran sekolah teknik tuanku jaafar ada coverage tak ?
Di situ masih belum ada coverage unifi
Encik, ada unifi kat Lukut, Port Dickson tak?
Bedekatan dengan Balai Polis Lukut.
Terima kasih.
Port Dickson masih belum ada unifi lagi buat masa ini. Kami cadangkan encik apply untuk streamyx dahulu.
Salam admin, boleh saya tahu sama ade rasah dah ade coverage unifi ke blum ?
Wassalam. Rasah masih belum ada unifi lagi.
Thanks admin, agak2 bile boleh dapat coverage unifi kat cni?
Maybe hujung tahun ni
Kawasn kampung jiboi ampangan dah ade unifi?
Di jiboi masih belum ada unifi.
bile akn smpai?
Maybe dalam tahun ni juga.
Seremban 2 Park Avenue da ade lom ??
Belum lagi utuk seremban 2
taman nyior gading ade ke??
Taman nyior gading masih belum ada lagi setakat ni.
taman matahari senawang ada unifi
Taman Matahari masih tiada unifi lagi.
Kawasan taman bukit chedang dapat unifi tak?
Belum lagi cik.
Forest Heights Seremban sudah ada?
Tiada lagi.
Tumpang tanya kalau Taman Permai Jaya, 702000 Seremban, N.S. ada Unifi tak? Terima Kasih
Tiada.
Salam admin,
nak tanya…untuk taman seri pulai 3, sikamat ampangan dah ada coverage lom?
Wassalam. Belum ada lagi.
Taman Pinggiran Senawang dah ada unifi ke blm….
Belum ada lagi.
Sendayan ada tak?
Tiada lagi.
Cik taman marida,senawang Ada uniFi tak?
Belum ada lagi.